MENCARI makna diri,.
tatkala berjalan menuju sebuah penghujung,.
tika DIA memberi jalan kehidupan,.
adakah aku memanfaatkannya ke jalanNYA,.
atau aku hanya sekadar menyusurinya dengan kelekaan semata2,.
sedang aku menikmati segala NIKMAT yang diberi,.
adakah ucapan syukur sentiasa dibibir,.
atau hanya sebutan yeah yang terungkap,.
apakah kesedaran ini akan tiba tika nikmat itu telah hilang,.
adakah cukup segala ini tika semuanya lesap,.
mungkinkah masih ada masa untuk bertaubat,.
ketika DIA memberi cinta,.
sungguh ujian dan nikmat berserta denganya,.
selalunya terleka dari PEKA,.
ketika diselubungi kesayuan tatkala itu doa dipanjatkan,.
bila kemanisan segalanya dilupakan,.
seperti dunia ana yang punya,.
TIKA diri semakin rebah,.
saat jiwa semakin gundah,.
maka pulanglah pada penciptaNYA,.
sungguh DIA maha segala yang berkuasa,.
minta dipimpin mencari jalanNYA,.
mohon segala kemaafanNYA,.
kerana DIA sentiasa menanti taubat segala hambaNYA,.
~sebelum terlewat, sebelum mata tertutup rapat selamanya~
No comments:
Post a Comment