~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~Sekilas HATI~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~: 2013

Sekadar cOretan dikala Luang, menikmati pengalaman dari sekeLiLing, ILHAM yang hadir dengan senyUman, airmata, dan jenaka kehidupan. Coretan sebagai tanda Ingatan dan tatapan bersama :)

Sunday, December 29, 2013

diambang TAHUN BARU

Hai !! dh lama rasanyer xmcoret luahan sgenap hati ni kat sini,.sungguh xpunya masa dan wktu yang mencukupi. terlalu banyak kenangan di tahun 2013 yang mendidik hati dan jiwa agar bisa menerima dan belajar memahami,. Disember 2013 menjadi bulan kegemaran,. 16 Disember officially aku meletakkan jawatan aku sebagai setiausaha persatuan, 25 Disember hang out bersama kwan2 yang senget~ AHAaha,. Love them Moreeeeee~ mmuahehehehehheeh..
kenangan2013
bila tiba hujung disember that means bulan peperiksaan, bulan kestressan student dan ketegangan urat2 belikat bagai,.ahhahah~alhamdulilah jadual exam sem ni cun melecun even every sem antara calon2 terakhir yg stay kat sni,.well~ "we LOVE our U" ~ ahhahah,.MOGA keberkatanNYA sntiasa bersama kami2 yang sntiasa mhrapkan bntuanNYA,.moga peperiksaan kali ini lebih cemerlang dari sem2 sebelum ni~hehehhe. switch ON exam mode~ MAN JADDA WAJADA ~


Friday, November 29, 2013

MENILAI itu butuh masa

bukan semua yang AYU itu lembut,.
dan xsemestinya yang BRUTAL itu kasar,.
kerana jarang zahir itu menyerlahkan setiap batin manusia,.
tersembunyi HATInya, KEHENDAKnya, RASAnyer,.

bukan niat dr Lubuk paya bakau nak judge org, sekadar berkongsi pe yg kita rasa, pe yg kita nampak and what we understood about the life flow that we through it. Life is simply when it can contribute in the best and great ways but it always be unpredictable thing happen in  our life. Always prepared your payung b4 rain laaaa~ hahahah~

TERkadang HATInya memberontak ingin melahirkan batinnya namun apa kan daya ZAHIRnya xcukup bersedia menerima.


manusia memang sentiasa menilai, yang sopan dan ayu2 tu semua dikatakan baik, dikatakan rajin dikatakannnn blablablabla~~
abeh yg cam aku ni, yg ala2 ganaz2 manja ni, ayu? cam ayu je, cam comel je,.ahahah~mesti orang pandang gua seroNg silap2 melencOng~

JUST BE YOUSELF !! hahahha, kita xperlu hipokrit itu namun sentiasa berusaha untuk menjadi yg lebih baik maka akan berlaku anjakkan paradigma disitu,..cewWahhhh~~

serius sepanjang meniti hidup sbgai student ni, hampir 87% org yg aku jumpa cam yg aq describe diATAS tapi ad je yg xcam 2,..aq xckp semua kan, ad 13% lg dan mungkin kau slh seorg dr 13% 2,..HAHAHAHAH.

jika mengikut shariah itu dituntut maka kerja, amanah dan sgala yg ad dibahumu jua dituntut oleh agama. kalau tgk muka org yg ayu2 sopan2 ni sadis bak ang nak marah, risau menangis  plak, dh kne pujuk la tarik muka la,.kan3??
Konklusinyer, sgala nyer ini buat peringtan bg diriku juga,.menjadi manusia yang sederhana namun sentiasa mencari kesempurnaan,.ANDAI XMAMPU MEMBERI MANFAAT, JANGANLAH KAU BEBANI MEREKA DENGAN KESALAHANMU,. :)

Monday, November 25, 2013

CERITA panas tOk anak Dara

mama: akak nak kawen bila??
aku: Bila dh sampai seru ma~
mama: agak2 bila serunyer 2??
aku: Bila sampai jodohnyer la~
mama: aiikk~pasrah no bunyiknyerrrr...
aku: ~bawa diri yg lara~

JODOH haihhh jodoh, agak2 bila ko nak sampai? mak aku dh tnye2 ni. Aku dh buntu nak jawab pe,. janganlah Usha2 dari jauh, kang aku terperasan lebih kang ko yg susah,.ahhahha..dok usha2 mak aku balik selepas selang sejam kemudian,.

mama: kaq ! anak kwn mama nak kwen~
aku: tahniah, mama xpegi ke?
mama: pergilah, kwn baik 2. akq bila lagi??
aku: soalan yg sme je, pe kata mama carikan je calon,.
mama: aishh~ bergaduh la 2, mcm bdak2.
aku: akak memang budak2 lagi~ ~

KAHWIN?? sediakah? mampukah? lakukah aku?? ahhahaha.. sape yg nak wt aku jadi bini plezz prepare mental dan fizikal yg kuat sbb siap aku kerjakan nnty. hahhaha. aku ni kan insan yg lemah, manusia beremosi plak 2, cm baby yg tau mrengek je,.ahha.

~insyaALLAH aku cuba jadi yg tbek : promote diri. hahahah ~


Sunday, November 24, 2013

my HEART ~

WALK in the dark,.
without anything to hold down,.
searching for the light,.
for what??
searching for my heart,.
define who steal it from me,.

MY heart~~
there !
with the man with the army cloth,.
hold it with the gentle,.
he smile to me without any word,.
he just stand where he be,.

i came to ask,.
ask to take my heart back,.
but the man still stand and smile to me,.
suddenly he ask me with the same question,.

CAN you give my heart back ??

i realize that for long time,.
the heart beat on me belong to him,.
the man with the nice smile,.
with the sweet attitude,.
can i be close with u dear??

stand with him,.
our heart beat together with the same rhythm,.

(BUDAK2 nak sekiping,hahahhaha)

Friday, November 22, 2013

DILEMA masa depan :)

sedang mengaji subjek MACRO,.
tetiba 1soalan diajukan tidak semena2,.
tersenyum, tersengih rasa nak guLing2 je,..naseb ad rumet,.ahhaha

TERmenung seketika,.
mampukah? bersediakah? ya ALLAH,..
tanggungjawab yg ad jua aq xmmpu inikan AMANAH sterusnyer,.
ALLAH jua menjanjikan ujian itu hanya atas kemampuan hambaNYA,.
JIKA itu yg terbaik, maka ALLAH akan mudahkan,.
jika INI yg terbaik, insyaALLAH aku genggam amanah itu,.
ALLAH pasti ada disetiap saatku,.

moga tika tiba saat itu aku mampu,.
memikul tnggjwb yg di amanahkan pdku,.
moga dia mampu untuk menerima aku seadanyer,.
memimpin diri yg hina dan kerdil ini,.



moga HIDUP ini mendewasakan kita :)

Wednesday, November 20, 2013

PEROSAK EMOSI AKU !

aku suka berKAWAN dgn kau xbermaksud keje kau keje aku,.
kau xd hak nak paksa aku sekali pon,.senang2 je kau nak arah2 kn aq,.
MANUSIA ni mmg berkawan, bkenalan, rapat segala2 nyer bersebab dan bersyarat,.
aku bukan BENCI, aku bukan MENYAMPAH, bukan aku nak UNGKIT,
tapi aku pantang manusia berJAYA atas usaha manusia lain, aku pernah rasa,.
aku pernah LALUI rasa kerja aku dicuri, dirampas org depan mata aku sendiri,.
perasaan aku??? kau sangat ANNOYING,.

setiap kali kata yg kau luahkan hanya SIMPATI,.
ALASAN untuk menjadikan kerja 2 berpindah kpd org lain,.
segala perilaku kau hanya untuk MANUSIA,.
aku ad saat kau mengetepikan aku,.
aku dah biasa rasa MANUSIA menggunakan usaha org lain tok diri sndri,.

SERIUS aku marah, serius aku BENCI rasa ni,.
sebab??? aku akan mula membenci org,.
aku akan menangis sbb aku xleh nak mrh,.
aku xpandai tok membenci org,.

TOLONG berdiri atas kaki kau sendiri,.
andai xmampu JANGAN malu untuk meminta tolong,.
bukan MENAGIH simpati seperti pengemis,.

MAAF ! tapi aku hanya manusia yg punya perasaan

Sunday, November 17, 2013

HARI KAMI :)

tanggal 03 november,.
ulang tahuN kelahiran ke-23 buat ehem2 ku,.
hampir mencecah 2tahun pkenalan kami,.
suka dan berduka2 yg kami lalui,.
maaf syg sbb xmampu mengINDAHkan hari bahagiamu,.
hanya bisa menemanimu dan menghabiskan duit2 yg dikumpul,.
ahhahahhaha~hamek kau bila kami mula makan hingga lupa diri,.


tanggal 16 november pula,
tiba giliran aku menyambut ulang tahun ku,.
tiba 21tahun usiaku, muda?? ckup tua untuk bertemu DIA,.
menyambut dgn sgala ucapan doa teman2 dan kaum kluarga,.
sayu, terharu, gembira, dan terima kasih krn aq ad dlm hdup kamu2,.
HADIAH yg comel dr sepUpu ku syg, skeping nota dan kek sbgai tanda syg,.
i LOVE u, bukan sbb hadiah, bukan sbb kau kwn, bukan sbb kau sepupu,.
TAPI kau teman ku, keluarga ku, shabatku,.moga joDoh aku dan kamu sntiasa ad.


kenangan ULANG TAHUN KELAHIRAN kami :)
moga kenangan, rasa kebahagian ini sntiasa menemani,.
moga pertambahan umur ini menjadi titik tolak kebaikan :)
ameeennnn ya RABB ~

HaRi kEramAt

hari yang xdinanti,bahkan sme sperti hari2 yg dilalui,.
meniti hidup genap 21tahun sbgai khalifah,.
bergelar sbgai anak, pelajar, pemegang amanah,.
bakal meniti hari2 mendatang dgn sgala ketentuanNYA,.
melalui liku2 hidup bersama manusia bertOpeng,.
adakala ia membina namun seketika ia juga membunuh,.

mOga 21tahun ini mampU dimanfaatkan sebaik mungkin,.
mOga usia yg dipinjamkan mampu dibaktikan kpd yg perlu,.
diri ini penuh alpa namun xpernah lekang mencari ruang,.
mencari ruang uNtuk diri melakukan anjakan paradigma,.
mOga Umur baru, impian juga baru, dgn nafas baru,.
aku mulakan langkah denganMU,.
bertambahan uMur ini bererti kematianku semakin menjemput,.
kekuatan tubUhku semakin lumpuh,
Moga aku mampu tok bersedia tika SAAT itu tiba,.

terima kasih ALLAH krn memberi aku peluang untuk bnafas,.
memberi aku peluang mengenali ciptaanMU yg agung,.
mOga aku KAU pelihara dalam lembayungMU,.

Monday, November 11, 2013

Gangguan @#$%^&*

Obesity means having too much body fat. It is not the same as being overweight, which means weighing too much. A person may be overweight from extra muscle, bone, or water, as well as from having too much fat . where am I ??? still thinking~~



Masalah yg mampu membawa tekanan perasaan yg agak luar dr biasa terutama bagi kaum perempuan, wanita dan gugurl,.hahaha,.kadang org ckp 'kau nampak lain lahh' mula lah nk diet la, tension la,. bru ckp lain, belom lagi 'kau GEMOK, macam makin SEHAT je' comfirm balik bilik meraung.,,cam aku~ haahhah,.cuma aq xmeraung tapi teruskan mengambil lngkah yg xberapa nak efektif,..Hangat2 taiK ayam oRg kata,.huhuu

Susah nak ambil teguran dan serapkan dalam HATI bahkan untuk menerima HAKIKAT bahawa kita gemoq, TAPI lek babe. Setiap masalah ad penyelesaiannyer, setiap kejadian pasti ada hikmahnyer. Ceduk yg positif, buang yg berkeladak moga kita nampak jalan menuJu keKURUSAN !! ahahahha..nampak xaku tertekan, ditekan, menekan, siyess streesssss~

GEMOQ mungkin hanya perkataan, perumpamaan, and blablabla. Tapi ia mampu menjadi satu gangguan emosi, gangguan kegOyangan keyakinan bahkan igauan ngeri bagi setiap Gugurl. hahahah~ 2 la makan xberingat, bila gemoq semua dh terLAMBAT. huhuuu~tiada yg mustahil kan,.ALLAH kan ada, DIA slaloo tima kita seadanyer. Menanti kita sehendakNYA, sbb?? DIA kan syg kita.

macam COMEL je, memang cOmel pon si Omel ni :)

Wednesday, October 30, 2013

dari HATI

ANDAI xmampu membahagiakan,.
JANGAN kau sakiti mereka,.
ANDAI xmampu jadi manusia berguna,.
JANGAN menyusahkan manusia lain,.

HIDUP ni bukan hanya untuk kesenangan diri sendiri TAPI menjaga keharmonian sejagat, kesejahteraan sekeliling,.Memang kesempurnaan itu sukar bahkan mustahil untuk digapai namun itu BUKAN alasan untuk sentiasa melakukan kekurangan,. BUKAN tiket untuk sentiasa melakukan kesilapan.

Bukan selalu kita perlu menang untuk membuktikan kita betul, TERkadang kita perlu mengalah Untuk memberi manusia BERPikir dan menerima IDEA kita. Menjadi manusia yang diterima dalam kalangan MANUSIA ini bukan senang, namun usaha tok memahami itu perlu sebelum berpUtus asa. Sambut tolak ansur itu dengan belajar memahami, Berkhidmat unTuk kesejahteraan semua bukan 1 kerugian. 

Belajar dari pengalaman kawan, menimba ILMU dari kehidupan. 

Saturday, October 26, 2013

lagu CINTA hatiku

Dimana dia anak Kambing saya?
anak Kambing saya yang makan daun Talas,.
Dimana dia bUah hati saya?
Buah hati saya bagai tELur dikupas,.

Chan Mali chan, chan mali cha,.
Chan mali chan, ketipuNg payung,.

Dimana dia anak Kambing saya?
anak kambIng saya main Tepi sawah,.
Dimana dia Cinta hati saya?
Cinta hati saya yang pakai baju meRah,.

Dimana dia anak Kambing Tuan?
anak Kambing Tuan di atas jambatan,.
yang Mana dia si Bunga pUjaan,.
Si bunga tanJung diHujung Dahan,.

Kalau nak tahu anak kambIng saya,.
anak kamBing saya di dalam biLik,.
kalau nak tahU iNtan payung saya,.
Intan payung saya Yang keciL lah mOlek,.

Dimana dia anak Kambing Tuan?
anak Kambing Tuan yang bUlunya Kuning,.
yanG mana dia Buah hati Tuan?
Buah hati yang Putihlah Kuning,.




sedingin HATIku,.

TERkadang aku tertanya,.

kenapa?
sebab apakah?
mengapakah?
benefit apakah?
kenapa sebelum ni x?
kenapa xorg lain?

kau memilih aku tok berada dalam hidup kau,.
memilih aku tok menjadi teman hidup kau,.
kau sentiasa ingin AKU berada dekat dgn kau,.

TAPI,.

kenapa tetap timbul soalan2 ni dalam seharian kita

aku setiakah?
aku sayang kau kah?
masih dgn diakah?
adakah aku leh dipercayai?
pegi dgn sapakah?
keluar dgn sapakah?

kalu RAGU itu lebih dr sayangmu tinggalkan aku duhai SAYANG,.
aku xmampu untuk membuatkan kau bahagia,.
andai aku mampu pon PRAsangka 2 aku tetap xdapat singkirkan,.
sebab?? itu kamu,.diri kamu,.perasaan kamu,.



Wednesday, October 23, 2013

apaKAH INI ??

Berkatkah? Murnikah? Berbaloikah?

MEraih kejayaan atas usaha orang, 
MEMperoleh scOre yang terbaik ats kerja orang lain,.
BANGGAkah kau?
adakah kau menDABIK dada menjulang kejayaan itu?
LAYAKkah kau tersenyum atas kecemerlangan itu?

mungkin ini Dugaan kami,.
MErasakan usaha kami di ragut,.
hanya MEMperoleh lirikan mata yang mengkeji,.
menjadi BAHAN dipersenda,.

KESILAPAN kamikah??,.
menjadi manusia punya HATI,.
memberikan tolak ANSUR sebagai manusia,.
membantu kawan yang TIADA masa tuk kami,.

~TERIMA KASIH dunia kerana berlaku 'ADIL' pada kami~

selamat malam CINTA :)

Tika aku mula menyayangimu,.
setiap SAAT aku sentiasa dibayangi kau,.
disetiap inci CERITA ku hanya berkisar tentang kau,.
TAPI,.
kau mula MENjauh dari hidupku,.
kau membina sebuah jarak yang aku xmengerti,.
air mata hadiah TERistimewa yang kau beri padaku,.
aku cuba mencari JAWAPAN,
mencari sebuah JAWAPAN yang aku sendiri xtahu,.

KEJAMkah aku untuk mencintai kau,.
menagih sedikit RASA yang DIA kurniakan,.
begitu MURNI niat kau membuat aku begini,.
memberi aku harapan CINTA palsu,.
mengajar aku mengenali ERTI hidup dgn airmata,.
Membiarkan aku menanti kau yang xmungkin TIBA,.
terima KASIH sebab buat aku mengenal erti HIDUP,.
mengajar aku untuk KUAT,.

andai JARAK ini mampu membahagiakan kau,.
aku xnak melihat kepuraan2 kau bersama aku,.
pergilah SAYANG,.
aku pOhon jangan ditagih RASA ini semula,.
kerana aku takOt ia xmampu diberi seMURNI mungkin,.
kerana ia penuh dgn BENCI n DENDAM,.


~ANDAI cinta itu hanya menyakitkan, move On sayang~


Tuesday, October 22, 2013

kotak FIKIRAN MU

Sering kali aku cuba memahami,.
setiap bait kata2 yang kau ungkapkan,.
setiap inci permintaan yang kau luahkan,.
TAPI ternyata keprihatinan ku memahaminya hanyalah sia2,.
krn acapkali aku tersilap dlm setiap sudut pandanganmu,.

KITA bertemu bukan dirancang,.
malahan berkasih bukan terpaksa,.
 Aku sentiasa berharap pertemuan ini sebuah rahmat,.
menjadi satu titik tolak untuk aku sentiasa beringat,.
sentiasa berimpian untuk berubah menjadi lebih baik. 

ok !! abeh dah penggunaan ayat nak berBM sangat 2, hahahhaa...nak berbahasa melayu yang menjadi asas bahasa sendiri pun xmampu disusun dengan teratur, lagi nak bercakap bahasa syurga~ Astagfirullah~ Sekarang ni dok hangat2 isu CINTA dak2 kecik. Ok ! saya dah tua.Dak2 zaman sekarang ni klakar, yela zaman Hakak2 ni mana ada nak wt video la, wt montaj CINTA terindah bagai2 ni. hahahahha. Dulu paling grand pon anta email, paling romantik anta surat pakai orang tengah boh bedak enchanters banyak2. hahahah, Kalau terserempak comfirm jalan cam nak sujud ke lantai. hahahha. aaihh ! rindu aiihh zaman kanak2 dulu !

Orang2 dulu bercinta nak bercakap bila jumpa pon susah, cam ada emas dalam mulut. TAPI sekarang lain, siap nk kentut sendawa semua. Hahaha,. peredaran zaman semakin maju katanyer. ekkk ?? kalau maju kne kentut kuat2 ke ? termenung jap fikir. Haih ! macam2 la sekarang ni. Tak da masalah pon nak bercinta TAPI ~ tapI ~ TaPi ~ hahaha..beringat la, jaga perasaan ibu bapa, kawan2, ape yang penting perasaan sendiri deQ ooiiii~

Jangan jadi bahana manGsa CINTA ni, di perbODohkan sewenang2 nyer,. Mungkin kita kategOri insan yg LEMAH, tapi 2 bukan alasan tok menghadap n meNADAH je segala kejahatan, kebodohan, ke ke ke ke semua ke la,. Dalam berperasaan juga punya had limit babe, hak diri sebagai manusia perlu dijaga Jugek~.ehehhehe


berCINTA atas landas DIA, insyaALLAH temu jalan ke SYURGA :)

Tuesday, October 8, 2013

mata MANUSIA

MANUSIA atau bahasa JAWA owong yang didefinisikan sebagai seorang insan yang bergelar khalifah, the person that will serve to ALLAH in here and hereafter. Hamek ko berterabur berskiping~ ahhaha ~ mata manusia ini penuh dengan perasaan dan tanggapan. xpercaya?? hahaha. tnye la diri sndri, bler 6pak orang lalu je msti ada yang xkena. Hahahah..kan3?? kantoi sudah. Manusia ini lebih cenderung pada sesuatu yang cantik, menarik, unik, dan sewaktu dengannya, TAPI bak kata my mom la kan, xperlu tok berpakaian cantik or bersolek tebal 6inci tok mendapat WOW manusia tapi cukuplah xdikutuk "selekeh seyh budak ni!". 

Maka akak2 abang2 adeq2 yang berada diluar atau didalam rumah, silalah pastikan pakaian anda bersesuaian dan tidak terlalu skinny kerana more skinny more cheaper are you. Kedebuk sebijik atas muka, kursus protokol punyer Tatatertib babe~ Aurat dengan org luar kita pelihara, aurat dgn keluarga kita jaga, aurat sesama kita juga jgn dilupa. Manusia ini habit dia memang tok lupa, bek sesaat dua sebelum pun kadang dia dah mula lupa TAPI sebagai manusia sewaktu dengannya perlu lah saling beringat. Dalam surah Al-Asr ayat 3 yang bermaksud "Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar",. cehhh~nampak xbetapa concern nyer aku. Hahahha~ xsalah beringat2 ni, kang dh msuk dalam lubang segalanyer dah terlambat. Ingat yang 5 sebelum tiba yang LIMA:
  • sihat sebelum kau sakit
  • muda sebelum sampai masa tuamu
  • Kaya sebelum tibanya miskin
  • Lapang sebelum kau sempit
  • HIDUP sebelum tibanya MATI
So, xpayah nak renung orang lama2, nk judge dia berbagai hanya disebabkan kau nampak sempurna. Mereka yang selalu mengagungkan diri sebagai yang terbaik, mendabik dada menjulang langit krn merasa kan diri sempurna. Ketahuilah bahawa riak itu adalah penyakit HATI yang kronik kerana ia membunuh HATI yang suci. Muhasabah, renungkan dalam2. Tak perlu lama, hanya seminit. Adakah aku begitu? mendabik dada didepan penciptaku? menjelak manusia lain? 

~renungantokDIRIsendiri~

TIKA diri semakin RAPUH


MENCARI makna diri,.
tatkala berjalan menuju sebuah penghujung,.
tika DIA memberi jalan kehidupan,.
adakah aku memanfaatkannya ke jalanNYA,.
atau aku hanya sekadar menyusurinya dengan kelekaan semata2,.

sedang aku menikmati segala NIKMAT yang diberi,.
adakah ucapan syukur sentiasa dibibir,.
atau hanya sebutan yeah yang terungkap,.
apakah kesedaran ini akan tiba tika nikmat itu telah hilang,.
adakah cukup segala ini tika semuanya lesap,.
mungkinkah masih ada masa untuk bertaubat,.

ketika DIA memberi cinta,.
sungguh ujian dan nikmat berserta denganya,.
selalunya terleka dari PEKA,.
ketika diselubungi kesayuan tatkala itu doa dipanjatkan,.
bila kemanisan segalanya dilupakan,.
seperti dunia ana yang punya,.

TIKA diri semakin rebah,.
saat jiwa semakin gundah,.
maka pulanglah pada penciptaNYA,.
sungguh DIA maha segala yang berkuasa,.
minta dipimpin mencari jalanNYA,.
mohon segala kemaafanNYA,.
kerana DIA sentiasa menanti taubat segala hambaNYA,.

~sebelum terlewat, sebelum mata tertutup rapat selamanya~


Sunday, October 6, 2013

Sehangat ASMARA

CINTA ini sukar ditafsirkan.

adakah ia membahagiakan?
atau ia hanya sekadar permulaan penderitaan?
mungkin juga sekadar permainan kehidupan?

CINTA ini bisa membutakan, malahan membuat manusia menjadi tuli.

adakah ia salah si pencinta?
atau ia adalah lumrah si pencinta?
atau ia sekadar alasan si pencinta?

Segala kemungkinan itu mampu terjadi kerana cinta ini melibatkan dua HATI yang berbeza, individu yang unik serta citarasa yang berbeza. Jalan cerita cinta manusia ini bukan yang tercatat di novel2 cinta, bukan yang tercoret dalam hasil2 karyawan, malahan bukan gambaran audio filem2 cinta yang dicipta manusia. TETAPI cinta ini sesuatu yang terlalu kompleks untuk di rungkaikan dengan kata2, sesuatu yang xmampu digambarkan dengan 1001 perasaan kerana CINTA ini datangnya dari ALLAH.

CINTA menjadikan si pencintanya seorang hamba.

kenapa membiarkan diri anda dipergunakan?
adakah ia tanda sayang yang sepatutnya?
adakah dia akan selalu menghargai segala yang kau lakukan?
atau ini jalan yang terbaik mengenali penciptaNYA?

Kadangkala timbul perasaan yang xmampu diluahkan dengan kata2, hanya mampu melihat dengan mata, mendengar dengan kudrat yang ada. Setiap masalah itu punya jalan, namun ia pasti berbeza kerana insan yang terlibat juga berbeza. Jalan cinta yang didambakan selalunya kecundang kerana KESEMPURNAAN yang cuba digapai melalui kekurangan ini. 

deritakah si pencinta???


JDT

CINTA HATI,..

Langit xselalunyer cerah, Hujan pula bukan slamanyer membasahi bumi. So, terima dgn HATI terbuka. jangan memaki, jangan menghina, jangan mencemuh. huhuu~ ketika kita jatuh selepas kita berusaha itu lebih membahagiakan dan bermakna dari menyerah tanpa berusaha. Chill up JDT, we always with U.
xperlu meratap kekalahan ini, kerana harapan untuk KEMENANGAN mendatang masih ada. Tiada yang mustahil dengan usaha,.chayok3x~ mara kehadapan bukan mundur kebelakang. Saya akan selalu "BANGGA JADI ANAK JATI JOHOR". 


Saturday, October 5, 2013

TOLERANSI kadangkala memakan diri

TERKADANG....menjadi manusia yang berHATI baik ini membahagiakan namun ia terlalu naif bagi seseorang yang selalu positif,.

Penat nak faham setiap inci pe yg ko nak, tapi sikit pon kebajikan aku ko xpernah jaga. Untuk apa aku korbankan segala yang aku rasa just tok ko rasa selesa sedang aku sakit menahan bebannya. Manusia ini memang selalu menjaga kepentingan untuk diri dia je. TAPI bertempat la, kalau 24jan kokhas kan hanya tok diri ko bila ko nk wt kebajikan pd orang lain. ~thinking~