~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~Sekilas HATI~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~: Sehangat ASMARA

Sekadar cOretan dikala Luang, menikmati pengalaman dari sekeLiLing, ILHAM yang hadir dengan senyUman, airmata, dan jenaka kehidupan. Coretan sebagai tanda Ingatan dan tatapan bersama :)

Sunday, October 6, 2013

Sehangat ASMARA

CINTA ini sukar ditafsirkan.

adakah ia membahagiakan?
atau ia hanya sekadar permulaan penderitaan?
mungkin juga sekadar permainan kehidupan?

CINTA ini bisa membutakan, malahan membuat manusia menjadi tuli.

adakah ia salah si pencinta?
atau ia adalah lumrah si pencinta?
atau ia sekadar alasan si pencinta?

Segala kemungkinan itu mampu terjadi kerana cinta ini melibatkan dua HATI yang berbeza, individu yang unik serta citarasa yang berbeza. Jalan cerita cinta manusia ini bukan yang tercatat di novel2 cinta, bukan yang tercoret dalam hasil2 karyawan, malahan bukan gambaran audio filem2 cinta yang dicipta manusia. TETAPI cinta ini sesuatu yang terlalu kompleks untuk di rungkaikan dengan kata2, sesuatu yang xmampu digambarkan dengan 1001 perasaan kerana CINTA ini datangnya dari ALLAH.

CINTA menjadikan si pencintanya seorang hamba.

kenapa membiarkan diri anda dipergunakan?
adakah ia tanda sayang yang sepatutnya?
adakah dia akan selalu menghargai segala yang kau lakukan?
atau ini jalan yang terbaik mengenali penciptaNYA?

Kadangkala timbul perasaan yang xmampu diluahkan dengan kata2, hanya mampu melihat dengan mata, mendengar dengan kudrat yang ada. Setiap masalah itu punya jalan, namun ia pasti berbeza kerana insan yang terlibat juga berbeza. Jalan cinta yang didambakan selalunya kecundang kerana KESEMPURNAAN yang cuba digapai melalui kekurangan ini. 

deritakah si pencinta???


No comments: