~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~Sekilas HATI~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~: ...2014...

Sekadar cOretan dikala Luang, menikmati pengalaman dari sekeLiLing, ILHAM yang hadir dengan senyUman, airmata, dan jenaka kehidupan. Coretan sebagai tanda Ingatan dan tatapan bersama :)

Wednesday, February 19, 2014

...2014...

Better or Bitter???

Assalamualaikum pembuka bicara pagi ini,.
Pelik celik lama aku tinggalkan ruang bicara HATI yang menjadi tempat kilasan cerita hidup aku. Februari sudah hampir tiba dipenghujungnya, Januari?? kemana masaku hilang dan lenyap tanpa ku sedari. TERlalu banyak yang berlaku, musibah untuk keluarga aku, meragut hampir separuh kegembiraan keluarga,. TAPI hujan yang turun lebat itu berhenti dan muncul PELANGI yang indah sebagai hadiah kerana mampu meredah hujan itu,.

Khidmat menjaga keluarga ku ditinggalkan sementara untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar, namun Bermula sebuah kisah lain dengan harapan PELANGI juga akan muncul menemani aku menyusuri hujan ini. Hidup ini rumit namun ia manis jika kita laluinya dengan meminta bantuanNYA, lari atau mengelak dari masalah bukanlah penyelesaian TAPI mengundang sesuatu yang lebih menakutkan,. Bahang untuk tidak mempercayai diri mula aku rasakan, wahai Maha Besar pimpinlah aku ~

Moga pembukaan tahun baru ini memberi inspirasi dan dorongan untuk kita memajukan diri dalam hidup. MERANCANGlah walaupon ALLAH yang menentukan,kerana USAHA itu dinantikan.

No comments: